Aku mendengar kanak kanak suci dari dosa. Andai nyawa terpisah, Syurga lah untuk mereka. Lantas aku berfikir mengapa tidak saja Tuhan cabut nyawaku saat itu.
Bukankah Tuhan Maha Mengetahui. Bala yang menunggu aku sepanjang zaman kanak kanak . Apakah dia sengaja mahu melihat hambanya menderita?
Saat belati tajam menekan perutku persoalan itulah yang ligat berkeliaran di dalam fikiran. Air mata terus terusan mengalir tumpah kebumi. Aku telah tekad untuk "mengakhiri" semuanya, mujur pesanan ibuku datang menjengah membawa janji janji manis Tuhan pada hambanya yang sabar dan redho, merencatkan tujuanku pada hari itu.
Pernahkah kau merasa murung? saat akal dijajah fikiran negatif. melemahkan dan membunuh fikiran positif.
Aku merasainya seawal usia 8 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan