Isnin, 2 Oktober 2017

Kisah Kanak Kanak Malang Bahagian 1

Aku mendengar kanak kanak  suci dari dosa. Andai nyawa terpisah, Syurga lah untuk mereka. Lantas aku berfikir mengapa tidak saja Tuhan cabut nyawaku saat itu.

Bukankah Tuhan Maha Mengetahui. Bala yang menunggu aku sepanjang zaman kanak kanak . Apakah dia sengaja mahu melihat hambanya menderita?

Saat belati tajam menekan perutku persoalan itulah yang ligat berkeliaran di dalam fikiran. Air mata terus terusan mengalir tumpah kebumi. Aku telah tekad untuk "mengakhiri" semuanya, mujur pesanan ibuku datang menjengah membawa janji janji manis Tuhan pada hambanya yang sabar dan redho, merencatkan tujuanku pada hari itu.

Pernahkah kau merasa murung? saat akal dijajah fikiran negatif. melemahkan dan membunuh fikiran positif.

Aku merasainya seawal usia 8 tahun.

Isnin, 28 Ogos 2017

Zaman kanak kanak nan indah

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.

Aku dilahirkan sempurna tubuh badan, seingatku jarang benar tubuh ini dihinggap penyakit. hidupku tidak kurang segenap segi dibanding kanak kanak lain.  keluarga pula sangat membahagiakan aku.

Bapa berkhidmat sebagai tentera manakala Ibu suri rumah. Aku punya 3 kakak dan 2 abang(seorang meninggal sebelum aku dilahirkan). Kasih sayang yang mereka berikan padaku terasa menyamankan, hidupku saat itu penuh kebahagiaan.

Memori ketika membesar dalam kem tentera tiada satu pun yang ku ingat kecuali ketika bermain sorok sorok dengan adik beradik didalam almari. Usiaku waktu itu kurang 4tahun.

Kenangan kenangan yang kuingati zaman kanak kanak hanyalah setelah bapa bersara sebagai Angkatan Tentera Malaysia. Kami sekeluarga pulang ke kampung di Kelantan. Usiaku saat itu 4tahun

Disitu aku mengenali anak anak yang sebaya, sungguh indahnya saat itu sampai tak mampu aku lupakan sehingga kini. Waktu pagi setelah adik beradik ke sekolah ibu dan bapa sering membawa aku jalan jalan, setelah kakak dan abangku pulang sekolah mereka membawa aku bermain main di luar rumah bersama jiran jiran.

Permainan sorok sorok, kejar mengejar.polis entry, detcok,bola beracun, tembak tembak dan sebagainya silih berganti kami mainkan mengikut musim. Permainan kanak kanak juga bermusim pasti sesiapa yang pernah hidup sebagai kanak kanak biasa memahaminya.

Oh sungguh indah ketika itu, terasa nyaman dadaku mengenangkan. Hari hari dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan. Fikiran tiada apa pun yang menekan.

Kesimpulannya zaman kanak kanak ku sungguh indah!

Tapi itu sebelum usiaku 8tahun..

Setelah usiaku lebih 8tahun segalanya berubah

Sakit ku ingati

Perih hati

Terbit amarah dan kesalan

Kenapa ini semua terjadi padaku

Sebagai kanak kanak aku tentu sekali tak berdosa

Lalu kenapa Allah menguji aku seberat ini?

Jumaat, 25 Ogos 2017

Assalamualaikum

Aku bukan sesiapa,
Aku penulis hatiku sendiri

Disini ku coretkan kisah hidup dan perasaan.
Segala yang terpendam, yang bersarang dan yang terlintas.
Ku ubah menjadi tulisan. 

Meski tiada pembaca aku tak merasa kesal.
Aku sekadar mencari kepuasan diri agar dapat melegakan hati yang sering gundah lantaran ditimpa malang tiada penyudah.

Andai ada yang sudi singgah. selamat membaca kisah lelaki yang mungkin termalang di bumi.