Isnin, 28 Ogos 2017

Zaman kanak kanak nan indah

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.

Aku dilahirkan sempurna tubuh badan, seingatku jarang benar tubuh ini dihinggap penyakit. hidupku tidak kurang segenap segi dibanding kanak kanak lain.  keluarga pula sangat membahagiakan aku.

Bapa berkhidmat sebagai tentera manakala Ibu suri rumah. Aku punya 3 kakak dan 2 abang(seorang meninggal sebelum aku dilahirkan). Kasih sayang yang mereka berikan padaku terasa menyamankan, hidupku saat itu penuh kebahagiaan.

Memori ketika membesar dalam kem tentera tiada satu pun yang ku ingat kecuali ketika bermain sorok sorok dengan adik beradik didalam almari. Usiaku waktu itu kurang 4tahun.

Kenangan kenangan yang kuingati zaman kanak kanak hanyalah setelah bapa bersara sebagai Angkatan Tentera Malaysia. Kami sekeluarga pulang ke kampung di Kelantan. Usiaku saat itu 4tahun

Disitu aku mengenali anak anak yang sebaya, sungguh indahnya saat itu sampai tak mampu aku lupakan sehingga kini. Waktu pagi setelah adik beradik ke sekolah ibu dan bapa sering membawa aku jalan jalan, setelah kakak dan abangku pulang sekolah mereka membawa aku bermain main di luar rumah bersama jiran jiran.

Permainan sorok sorok, kejar mengejar.polis entry, detcok,bola beracun, tembak tembak dan sebagainya silih berganti kami mainkan mengikut musim. Permainan kanak kanak juga bermusim pasti sesiapa yang pernah hidup sebagai kanak kanak biasa memahaminya.

Oh sungguh indah ketika itu, terasa nyaman dadaku mengenangkan. Hari hari dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan. Fikiran tiada apa pun yang menekan.

Kesimpulannya zaman kanak kanak ku sungguh indah!

Tapi itu sebelum usiaku 8tahun..

Setelah usiaku lebih 8tahun segalanya berubah

Sakit ku ingati

Perih hati

Terbit amarah dan kesalan

Kenapa ini semua terjadi padaku

Sebagai kanak kanak aku tentu sekali tak berdosa

Lalu kenapa Allah menguji aku seberat ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan